1. Home
  2. Docs
  3. ILMU DIHUJUNG JARI
  4. CPANEL WEB HOSTING
  5. CARA MENUKAR PASSWORD CPANEL

CARA MENUKAR PASSWORD CPANEL

Pada artikel ini kami akan memberikan panduan cara untuk reset password cPanel anda. Terdapat banyak sebab mengapa password perlu ditukar antaranya ialah:

  1. Lupa Password
  2. Admin Staf Bertukar
  3. Password lama tidak tukar
  4. Password terlalu mudah untuk diteka oleh hackers

LUPA PASSWORD?

Sekiranya sebab anda menukar password kerana lupa password atau hilang password, panduan ini akan membantu anda. Sebagai pelanggan HostSinimo, anda dapat menukar password cpanel melalui Client Area sahaja.

Berikut merupakan langkah untuk menukar password akaun cPanel sekiranya akaun lama cPanel anda hilang password atau lupa password:

1) Log Masuk Client Area https://clientarea.hostsinimo.com/login

Masukkan Username dan Password

Log masuk menggunakan username dan password anda atau log masuk menggunakan akaun gmail anda.

2) Tekan Menu Services

Tekan menu services untuk ke cpanel hosting anda. 

3) Pilih akaun cpanel yang anda ingin tukar password

Tekan menu change password pada menu belah kiri

Masukkan sahaja password baru anda untuk menukarkan password cPanel anda

Tekan save dan siap penukaran password cPanel anda.

MENUKAR PASSWORD CPANEL MELALUI CPANEL

Sekiranya anda masih ingat password lama tetapi ingin menukar password baru, bolehlah ikuti panduan ini. Panduan ini memerlukan anda untuk tahu password lama anda terlebih dahulu sebelum boleh menukarkan kepada password cPanel yang baru.

1) Log Masuk Akaun Cpanel Anda

2) Tekan Butang Password & Security. Gunakan box carian untuk mempercepatkan urusan

Masukkan password lama pada Old Password. Masukkan Password baru pada New Password dan New Password (Again). Sila pastikan password New password dan New Password (Again) adalah sama

Tekan change your password now! dan selesailah urusan tukar password anda.

Sila tekan butang yes atau no dibawah untuk ratekan artikel ini. Terima kasih.

VIDEO PANDUAN CARA MENUKAR PASSWORD CPANEL

Berikut dimajukan video panduan cara menukar password cpanel anda dibawakan oleh syarikat cPanel sendiri. Video adalah dalah bahasa english

How can we help?