1. Home
  2. Docs
  3. ILMU DIHUJUNG JARI
  4. CPANEL WEB HOSTING
  5. CARA MENAMBAH DOMAIN BARU KE AKAUN CPANEL

CARA MENAMBAH DOMAIN BARU KE AKAUN CPANEL

Pada artikel ini, anda akan diberikan panduan cara untuk memasukkan domain baru anda kedalam akaun cPanel anda. Sebelum anda ke langkah seterusnya, sila pastikan akaun web hosting yang anda langgan bukan hosting single domain. Hosting single domain tidak boleh ditambah domain baru. 

Untuk melanggan web hosting cpanel, anda boleh melayari url berikut:

Tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita teruskan dengan menambah domain baru ke akaun cPanel anda. Terdapat dua cara untuk menambah domain pada hosting cPanel anda iaitu:

  1. Tambah melalui Client Area HostSinimo
  2. Tambah terus melalui akaun cPanel anda
Cara log masuk cpanel dan client area telah kami tulis pada muka surat ini: cara log masuk akaun cpanel anda

TAMBAH DOMAIN BAHARU DENGAN MENEKAN BUTAN ADDON DOMAIN

Tekan butang Addon Domains sepertimana diatas melalui Client Area atau melalui cPanel terus.

Masukkan domain baru anda di bahagian “New Domain Name”. Subdomain dan Document Root adalah automatik mengikut nama domain anda

Tekan sahaja butang “Add Domain” dan selesai

Anda hanya perlu upload script laman web anda kedalam folder yang dipaparkan pada “Document Root” diatas.

Diharapkan panduan ini sedikit sebanyak membantu anda di dalam menambah domain baru. Mohon rate artikel ini melalui butang Yes atau No dibawah

How can we help?